Tuesday, December 20, 2011

Tahukah anda siapakah pencipta tanda baca pada al-Quran yang kita baca hari ini???




Saturday, October 8, 2011

Suka sangat dok citer pasal yang haram jer...mana yang halalnya..

Maaf kalau ada yg pikir aku ckp semacam negatif lak...
Kita orang melayu islam nie dok suka citer ttg yg haram jer.. tak pernah ada yg nak bagi alternatif gantian kepada produk haram ini.....
Pastu bila kita suruh bagi apa dia brg alternatif tu.. ada yg kata pandai2 la cari sendiri.....
apa orang kaya islam nie buat.. mereka nie pun bila kaya bukan nak tolong invest buat produk khas utk org islam...
dulu masa kat kampung dulu org Al Arqam ada gak jual air soya,tahu,mee dan lain2... sekrang mereka pun kena haram jugak....
ini bukan silap orang kafir tapi silap org kita sendiri.. aku nie bukan kaya .....kita selalu tuduh org kapir saja nak niaya org islam ...itulah cara pemikiran kita.. mereka peduli apa ttg halal haram nie... sebab dia nukan org islam....tapi kita syak dia orang nak murtadkan kita.....
ada duit zakat dok buat bangunan cantik, opis cantik... bukan nak buat kilang utk produk islam.. memang banggang betul.....
dalam mind set kita dok syak wasangka jer.......bukan nak tgk kelemahan sendiri....
bangga dgn sejarah silam...... pakar metamatik, pakar langit asal org islam la...dan lain2 lg....
Pihak zakat sendiri yg bukak kilang utuk produk islam... bukan suruh bagi duit kat org suruh buat.. nanti di songlap lak duit tu......
ko rang nak marah.. aku marah lah... memang org kita bukan bolah ditegur sikit...... xsyen.. jer lebih.... nanti aku sambung balik.. nak solat dulu.......

Citer lebih lanjut kat sini

Link



Thursday, September 8, 2011

Cukai bil prabayar telefon bimbit naik 6 peratus

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, tetapi cukai perkhidmatan bagi tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi dinaikkan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.


Sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=20019




Sunday, August 28, 2011

Jamal memang tidak pernah serik...

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.
links

Thursday, August 18, 2011

Kerang yang tak ingin anda makan.

Anda pernah pergi ke pasar Chow Kit? Jika tidak pernah, berhati-hatilah jika ingin membeli kerang di sana. Proses mengopek kerang dilakukan berhampiran tempat pemotongan babi....
Penemuan ini dibuat oleh sekumpulan pegawai Jakim Dan Jawi yang membuat pemeriksaan mengejut di sekitar kawasan pasar Chow Kits bagi melihat tahap kebersihan kawasan itu untuk kepentingan umat Islam dan juga orang ramai.

Untuk cerita lebih lanjut sila ke link di sini.

Wednesday, August 17, 2011

Berita yang tak diheboh-hebohkan di Malaysia

Betul ke bahawa Malaysia beli Kereta kebal Indonesia 32 biji berharga US80 juta dollar?
Tidak pernah dengar pun dalam TV atau surat khabar..... Kita sememangnya selalu dapat berita lewat.
Atau kerajaan kita takut jadi kes macam kapal selam dulu tu ke?
Kalau betul cara pembeliannya ..apa salahnya dan tiada siapa akan pertikaikannya.

Friday, June 17, 2011

Jangan percaya sangat GPS

Washington - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

GAMBAR menunjukkan kenderaan utiliti sukan ditarik keluar dari dalam tasik.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.

Monday, May 30, 2011

Ini bukan suasana panik Negara

Apakah ini kesan daripada kenaikan harga sehingga roti tepi jalan juga hendak diambil. Gambar ini diambil semasa orang ramai berpusu-pusu mengambil roti yang diletakkan di tepi jalan selepas satu lori terbalik di setiu, Terengganu.


Sudah tidak mengira halal haram, yang penting percuma. Ini bukan kes pertama tetapi kita boleh ingat kisah roti beras terbalik di Perak dan duit siling bertaburan di lebuhraya berhampiran Tol Pedas N.Sembilan.
Bagaimana agaknya kalau betul-betul Malaysia berada di dalam keadaan ekonomi yang teruk? Rasanya kita mungkin sanggup membunuh untuk mendapatkan sekeping roti.
Untuk kesimpulannya, kita perlu bersyukur ke pada Tuhan dan pastikan kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. Tidak guna bermegah dengan projek mega tetapi kita sebagai rakyat terpaksa membayar kos membina dan menyelenggara.
Fikir-fikirkanlah........

Saturday, May 14, 2011

Hari Belia 2011 Peringkat N.Sembilan

Kepada sesiapa yang tiada aktiviti hari, jom kita pergi ke Komplek Sukan Paroi. Kat sana ada bermacam bentuk aktiviti yang boleh kita lihat....

Kita pun belum pergi sana pun, baru nak plan pergi..... dengar citer banyak benda yang menarik kats ana... So... apa kat kita pergi sekarang......juga....

Kepado yang nak balik Kampung Pilah tu... singgahlah kojap yo....
tolong memonuhkan topek tu.....
Cito banyak tak guno...kalau tak poie....
Jom... Mari...mari.........jumpa di sana... di sana............

Ok cau........

Thursday, May 12, 2011

Ekspo Perumahan & Hartanah NS

Hari ini dapat katalog promosi perumahan baru di Negeri Sembilan...

Emm... mulanya berminat juga nak pergi tengok. Tapi bila tengok jer harga rumah paling murah RM140k jer, belum masuk bayaran tambahan lagi tu. Kebanyakan harga purata RM200k keatas.
5 tahun dahulu kalau ikut bentuk dan luas rumah macam ini bawah RM100k. Agaknya berapalah kenaikan gaji kita dalam tempoh 5 tahun ini.
Nampaknya kalau pergi sana bawa balik katalog bolehlah...... kalau nak beli juga... 4 atau 5 tahun lepas tu alamat ...kena lelong... tak mampu bayar....

Friday, April 29, 2011

Terkini!!! Perkahwinan Diraja Britain...

Sebentar tadi jam 1136 pagi waktu London (636 petang waktu Malaysia), bakal pewaris tahkta diraja Britain, Putera William selamat berkahwin dengan Catherine Elizabeth Middleton dalam upacara penuh bersejarah di gereja Westminster Abbey.

Mereka dikahwinkan oleh Archbishop Rowan Williams di hadapan 1900 tetamu yang diundang khas dari seluruh dunia.

Ratu Elizabeth II bersama suaminya Putera Philip turut hadir pada majlis gilang gemilang yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui siaran televisyen dan internet.

Dianggarkan, sebanyak 8 trlion (8 ribu juta) megabit persaat akan digunakan untuk mengakses laman-laman web di seluruh dunia, satu rekod baru mengatasi siaran langsung perlawanan akhir FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan!

Selepas pernikahan mereka ini, William akan bergelar Duke of Cambridge dan Catherine akan bergelar Duchess of Cambridge.

Tuesday, April 26, 2011

Berita Baik kepada Yang Banyak Saman Trafik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat.
Beliau berkata hanya kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.
"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.
"Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah.

Monday, April 25, 2011

Sebiji Buah 'Kelapa Misteri' Menyerupai Kepala Binatang

KUANTAN, 25 April - Seorang peniaga kedai runcit dekat sini terkejut dan tergamam apabila melihat sebiji buah "kelapa misteri" yang dipercayai mempunyai iras wajah seperti kepala binatang. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan kelapa itu dibeli oleh isterinya di sebuah kedai di bandar ini.


Sunday, April 24, 2011

Bersantai di Port Dickson di Malam Minggu.

Berseronok di Malam minggu bersama keluarga di Batu 4 Port Dickson. Lepak di tepi pantai setelah membeli makanan dan minuman di pasar malam yang berhampiran. Terlalu banyak jenis makanan hingga tak tahu nak pilih ....


Bermain bersama keluarga, sambil berfacebook... Di kawasan ini terdapat banyak Wifi percuma. Cuma kena bawa laptop sendiri ler...
Emmm bermacam ragam manusia kita boleh tengok kat sini.... Kalau yang minat memancing, berkhemah pun boleh.......Ada juga yang buat barbeque.......
Kepada yang minat makan stimboat juga ada jual kat sini....
JOM... kita bersantai........

Sunday, January 23, 2011

Combofix - Padam Malware, Spyware ...

Combofix merupakan freeware yang direka untuk mengimbas komputer untuk malware, spyware dan menghapuskan mereka. Combofix membolehkan penghapusan secara manual untuk jangkitan spyware. Ianya khusus sebagai alat pembersihan yang efektif, yang berguna dibandingkan dengan malware lain dan spyware removers.

Setelah combofix selesai, satu laporan akan dibuat. Anda boleh menggunakan laporan ini untuk mencari dan menghapuskan jangkitan yang tidak automatik dihapuskan.

Freeware ini selalu digunakan oleh pembaikpulih PC atau laptop sebagai alternatif selain antivirus.
Anda boleh mencubanya ke atas komputer jika menghadapi masalah sebelum membuat keputusan memformat.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari links di bawah.

http://www.combofix.org/


Untuk rujukan seterusnya klik link Tutorial combofix


S/P ; Sila buat rujukan dulu sebelum menggunakannya jika tidak pasti kelebihannya.

Saya telah mencubanya dan sememangnya sangat berpuas hati setakat ini.

Friday, January 21, 2011

RAWATAN YANG MENGUNDANG BENCANA..??

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh