Sunday, January 23, 2011

Combofix - Padam Malware, Spyware ...

Combofix merupakan freeware yang direka untuk mengimbas komputer untuk malware, spyware dan menghapuskan mereka. Combofix membolehkan penghapusan secara manual untuk jangkitan spyware. Ianya khusus sebagai alat pembersihan yang efektif, yang berguna dibandingkan dengan malware lain dan spyware removers.

Setelah combofix selesai, satu laporan akan dibuat. Anda boleh menggunakan laporan ini untuk mencari dan menghapuskan jangkitan yang tidak automatik dihapuskan.

Freeware ini selalu digunakan oleh pembaikpulih PC atau laptop sebagai alternatif selain antivirus.
Anda boleh mencubanya ke atas komputer jika menghadapi masalah sebelum membuat keputusan memformat.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari links di bawah.

http://www.combofix.org/


Untuk rujukan seterusnya klik link Tutorial combofix


S/P ; Sila buat rujukan dulu sebelum menggunakannya jika tidak pasti kelebihannya.

Saya telah mencubanya dan sememangnya sangat berpuas hati setakat ini.

Friday, January 21, 2011

RAWATAN YANG MENGUNDANG BENCANA..??

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat.

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh