Thursday, May 24, 2012
Tuesday, May 15, 2012
SMS sambil jalan diharam
FORT LEE (New Jersey): Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati.
Polis di bandar ini berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.
“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.
Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.
Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.
Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu.
“Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa,” kata penduduk, Sue Choe.
Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.
Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap ‘pejalan kaki berbahaya.’ Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.
Dua profesor di Universiti Stony Brook di New York menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon. Mereka mendapati, pengguna khidmat itu berkemungkinan 60 peratus terbabas berbanding pejalan kaki lain.
“Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip mesej pesanan ringkas pada telefon,” kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian itu.
“Menaip mesej pada telefon sambil berjalan lebih banyak menjejaskan keupayaan anda berbanding berbual.” - Agensi
Saturday, February 25, 2012
Saya ada Empat biji Buah Pinggang.
Ada orang hanya memiliki satu ginjal, tiga ginjal atau berjuang keras agar tetap hidup kerana ginjalnya rosak, nah Laura Moon lain lagi. gadis berusia 18 tahun ini memiliki kelebihan ginjal, dia dikurniakan empat ginjal.
Kenyataan ini baru diketahui Laura saat dia membuat ppemeriksaan ke doktor kerana kerap kali menderita sakit perut. Setelah melakukan serangkaian pemeriksasan ternyata si Laura punya empat ginjal.
Ini memang bukan kejadian aneh, kerana sejumlah orang pernah juga diberitakan memiliki banyak ginjal, meski tentu saja kes seperti ini jarang terjadi. Moon berharap boleh mendermakan ginjal lebihnya tersebut. "Saya fikir, jika benar saya memiliki 4 buah ginjal, saya tak memerlukan keempat-empatnya."kata Moon sebagaimana dikutip newdaily.com.
"Saya akan mendermakan kepada siapa saja yang memerlukannya. Saya berharap boleh menolong seseorang selagi saya masih muda. Saya akan melakukan apa saja sekuat tenaga untuk menjadi seorang pendonor." tambah Moon. Belum diketahui mengapa organ manusia bisa berkembang menjadi ganda, namun dipercaya satu di antara 125 orang ada yang memilki ginjal lebih.
Friday, February 24, 2012
Apa yang anda tahu tentang MegaUpload.
- Lelaki yang lahir di Kiel, Jerman ini dibesarkan dengan nama Kim Schmitz. Lebih 10 tahun lalu dia menukar namanya kepada Kim Dotcom. Sebelum ini, dia juga pernah dikenali sebagai Kimble dan Kim Tim Jim Vestor.Aksara 'dot com' yang sinonim dengan terma internet seakan-akan menggambarkan siapakah Dotcom, 38, yang mempunyai status penduduk tetap di Hong Kong dan New Zealand itu.Dia boleh digelar sebagai seorang genius internet kerana kejayaan memperkenalkan jaringan perkongsian fail di internet yang popular, Megaupload.com.Dotcom juga berbangga kerana memegang kedudukan teratas permainan video dalam talian, Call of Duty: Modern Warfare 3. Dia menggunakan nama MEGARACER dalam permainan video yang disertai 15 juta orang di seluruh dunia itu.Tetapi nampaknya lelaki gempal seberat 127 kilogram itu menggunakan kepakaran tersebut pada jalan yang salah.Dotcom yang hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah tinggi itu pernah dipenjarakan selama dua tahun di Jerman pada tahun 1998 kerana kesalahan menggodam internet.
Kesimpulannya :
Subscribe to:
Posts (Atom)
Powered by Conduit |
TV kena potong? Kat sini free jer.
Archives
-
▼
2012
(14)
-
►
February
(10)
- Saya ada Empat biji Buah Pinggang.
- Apa yang anda tahu tentang MegaUpload.
- Kenapa begitu mudah wanita menjadi keldai dadah
- Kita sememangnya bijak
- Siapa sangka manusia boleh berubah
- Dermawan MCA mendapat RM500 bantuan kerajaan
- Apa sahaja jenis rokok tetap merbahaya
- Hati-hati bila panggil orang "BODOH" !!!
- Handphone canggih!!! Apakah ini yang akan kita bel...
- 39 Isteri,94 Anak Dan 33 Cucu
-
►
February
(10)
Cari Wang
Powered by Conduit |



