Friday, April 29, 2011

Terkini!!! Perkahwinan Diraja Britain...

Sebentar tadi jam 1136 pagi waktu London (636 petang waktu Malaysia), bakal pewaris tahkta diraja Britain, Putera William selamat berkahwin dengan Catherine Elizabeth Middleton dalam upacara penuh bersejarah di gereja Westminster Abbey.

Mereka dikahwinkan oleh Archbishop Rowan Williams di hadapan 1900 tetamu yang diundang khas dari seluruh dunia.

Ratu Elizabeth II bersama suaminya Putera Philip turut hadir pada majlis gilang gemilang yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui siaran televisyen dan internet.

Dianggarkan, sebanyak 8 trlion (8 ribu juta) megabit persaat akan digunakan untuk mengakses laman-laman web di seluruh dunia, satu rekod baru mengatasi siaran langsung perlawanan akhir FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan!

Selepas pernikahan mereka ini, William akan bergelar Duke of Cambridge dan Catherine akan bergelar Duchess of Cambridge.

Tuesday, April 26, 2011

Berita Baik kepada Yang Banyak Saman Trafik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat.
Beliau berkata hanya kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.
"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.
"Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah.

Monday, April 25, 2011

Sebiji Buah 'Kelapa Misteri' Menyerupai Kepala Binatang

KUANTAN, 25 April - Seorang peniaga kedai runcit dekat sini terkejut dan tergamam apabila melihat sebiji buah "kelapa misteri" yang dipercayai mempunyai iras wajah seperti kepala binatang. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan kelapa itu dibeli oleh isterinya di sebuah kedai di bandar ini.


Sunday, April 24, 2011

Bersantai di Port Dickson di Malam Minggu.

Berseronok di Malam minggu bersama keluarga di Batu 4 Port Dickson. Lepak di tepi pantai setelah membeli makanan dan minuman di pasar malam yang berhampiran. Terlalu banyak jenis makanan hingga tak tahu nak pilih ....


Bermain bersama keluarga, sambil berfacebook... Di kawasan ini terdapat banyak Wifi percuma. Cuma kena bawa laptop sendiri ler...
Emmm bermacam ragam manusia kita boleh tengok kat sini.... Kalau yang minat memancing, berkhemah pun boleh.......Ada juga yang buat barbeque.......
Kepada yang minat makan stimboat juga ada jual kat sini....
JOM... kita bersantai........

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh