Friday, April 29, 2011

Terkini!!! Perkahwinan Diraja Britain...

Sebentar tadi jam 1136 pagi waktu London (636 petang waktu Malaysia), bakal pewaris tahkta diraja Britain, Putera William selamat berkahwin dengan Catherine Elizabeth Middleton dalam upacara penuh bersejarah di gereja Westminster Abbey.

Mereka dikahwinkan oleh Archbishop Rowan Williams di hadapan 1900 tetamu yang diundang khas dari seluruh dunia.

Ratu Elizabeth II bersama suaminya Putera Philip turut hadir pada majlis gilang gemilang yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui siaran televisyen dan internet.

Dianggarkan, sebanyak 8 trlion (8 ribu juta) megabit persaat akan digunakan untuk mengakses laman-laman web di seluruh dunia, satu rekod baru mengatasi siaran langsung perlawanan akhir FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan!

Selepas pernikahan mereka ini, William akan bergelar Duke of Cambridge dan Catherine akan bergelar Duchess of Cambridge.

0 comments:

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Top 10 Visitors

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh