Saturday, February 25, 2012

Saya ada Empat biji Buah Pinggang.


Ada orang hanya memiliki satu ginjal, tiga ginjal atau berjuang keras agar tetap hidup kerana ginjalnya rosak, nah Laura Moon lain lagi. gadis berusia 18 tahun ini memiliki kelebihan ginjal, dia dikurniakan empat ginjal.


Kenyataan ini baru diketahui Laura saat dia membuat ppemeriksaan  ke doktor kerana kerap kali  menderita sakit perut. Setelah melakukan serangkaian pemeriksasan ternyata si Laura punya empat ginjal.


Ini memang bukan kejadian aneh, kerana sejumlah orang pernah juga diberitakan memiliki banyak ginjal, meski tentu saja kes seperti ini jarang terjadi. Moon berharap boleh mendermakan ginjal lebihnya tersebut. "Saya fikir, jika benar saya memiliki 4 buah ginjal, saya tak memerlukan keempat-empatnya."kata Moon sebagaimana dikutip newdaily.com.


"Saya akan mendermakan kepada siapa saja yang memerlukannya. Saya berharap boleh menolong seseorang selagi saya masih muda. Saya akan melakukan apa saja sekuat tenaga untuk menjadi seorang pendonor." tambah Moon. Belum diketahui mengapa organ manusia bisa berkembang menjadi ganda, namun dipercaya satu di antara 125 orang ada yang memilki ginjal lebih.


Friday, February 24, 2012

Apa yang anda tahu tentang MegaUpload.

  • Lelaki yang lahir di Kiel, Jerman ini dibesarkan dengan nama Kim Schmitz. Lebih 10 tahun lalu dia menukar namanya kepada Kim Dotcom. Sebelum ini, dia juga pernah dikenali sebagai Kimble dan Kim Tim Jim Vestor.

    Aksara 'dot com' yang sinonim dengan terma internet seakan-akan menggambarkan siapakah Dotcom, 38, yang mempunyai status penduduk tetap di Hong Kong dan New Zealand itu.

    Dia boleh digelar sebagai seorang genius internet kerana kejayaan memperkenalkan jaringan perkongsian fail di internet yang popular, Megaupload.com.

    Dotcom juga berbangga kerana memegang kedudukan teratas permainan video dalam talian, Call of Duty: Modern Warfare 3. Dia menggunakan nama MEGARACER dalam permainan video yang disertai 15 juta orang di seluruh dunia itu.

    Tetapi nampaknya lelaki gempal seberat 127 kilogram itu menggunakan kepakaran tersebut pada jalan yang salah.
    Dotcom yang hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah tinggi itu pernah dipenjarakan selama dua tahun di Jerman pada tahun 1998 kerana kesalahan menggodam internet.


Kesimpulannya : 

Thursday, February 23, 2012

Kenapa begitu mudah wanita menjadi keldai dadah

SEPANG - Seorang wanita Melayu dan kekasihnya seorang lelaki Nigeria ditahan di ibu negara pada 14 Februari lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 75 kg dan bernilai RM18.7 juta ke dalam negara. Mereka merupakan dalang kepada sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang kegiatan mereka berjaya dipatahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Dua keldai dadah yang merupakan lelaki Melayu turut ditahan. Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Siti Baya Berahan berkata, wanita Melayu itu berumur 43 tahun sementara warga Nigeria berkenaan berumur 28 tahun, manakala kedua-dua keldai dadah tersebut berusia 25 dan 27 tahun.

Monday, February 20, 2012

Kita sememangnya bijak

  • Kajian yang dijalankan saintis di barat mendapati bayi yang berumur 6 bulan sudah mampu memahami perkataan yang dituturkan pada mereka seawal 6 bulan walaupun pada umur tersebut mereka masih tidak mampu bercakap.
  • Bayi biasanya dapat menangkap perkataan yang dituturkan dalam bahasa ibunda mereka berdasarkan bunyi serta intonasinya.
  • Jika diletakkan beberapa kemping gambar buah-buahan dan ibu bertanya padanya mana satu buah pisang, bayi akan menoleh dan melihat pada buah pisang menandakan mereka tahu bunyi tersebut ada kaitan dengan gambar yang dilihatnya.
  • Jenteru itu saintis mengesyorkan ibubapa agar mula bercakap dengan bayi mereka sejak umur tersebut. Semakin banyak yang kita cakap semakin banyak perkataan yang diketahuinya.

Sumber


Kesimpulannya : Kita memang bijak

Sunday, February 19, 2012

Siapa sangka manusia boleh berubah

RIYADH - Bekas juara tinju Mike Tyson yang memeluk Islam ketika berada di penjara sekitar 1990-an dilaporkan menziarahi kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadat umrah. Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.

Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.

Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.
.
Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. “Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar. - Agensi


selanjutnya

Kesimpulannya : Allah itu maha pengampun.....

Saturday, February 18, 2012

Dermawan MCA mendapat RM500 bantuan kerajaan

Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut  menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet. Kemudian telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.


Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.


Adakah beliau betul-betul layak?


Rujukan1
Rujukan2

Kesimpulannya : Itu duit income tax aku yang dipotong bulan-bulan tau tak?

Apa sahaja jenis rokok tetap merbahaya

Berita terbaru melaporkan ada kes di mana seorang mangsa lelaki dari Florida cedera selepas menhisap rokok elektronik. Rokok elektronik yang dihisap meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

Tujuan mangsa untuk berhenti merokok tembakau tetapi mendapat musibah yang lebih teruk.


Kesimpulannya : Semua jenis rokok adalah merbahaya.


Friday, February 17, 2012

Hati-hati bila panggil orang "BODOH" !!!

SINGAPURA - Seorang pembantu rumah warga Indonesia bakal berhadapan hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah, kelmarin atas kesalahan memukul dan mencekik majikannya berumur 87 tahu sehingga mati gara-gara wanita itu memanggilnya ‘bodoh’.
Vitria Depsi Wahyuno, 19, turut didakwa menipu umurnya yang sebenar bagi membolehkannya memenuhi kelayakan minimum untuk bekerja di Singapura pada 2009.

Menurut laporan bedah siasat, majikannya, mendiang Sng Gek Wah telah dipukul dengan pasu dan mukanya ditekup dengan bantal sehingga menyebabkan beberapa kesan lebam serta tulang rusuknya patah.

Semasa perbicaraan, peguam bela turut menuntut hukuman Vitria dikurangkan selepas menilai tahap kecerdasannya yang rendah mungkin menyebabkan dia tidak dapat menerima panggilan seperti itu memandangkan Gek Wah sememangnya dikenali oleh jirannya sebagai seorang wanita panas baran dan sering memarahi pembantu rumahnya.-SH

Kesimpulannya : Setiap manusia itu ada maruah dan perasaan......

Handphone canggih!!! Apakah ini yang akan kita beli nanti


Tuesday, February 14, 2012

39 Isteri,94 Anak Dan 33 Cucu

Ziona Chana, lelaki berasal dari India ini hanyalah berusianya 67 tahun sahaja namun, Dia memiliki sebuah keluarga yang sangat besar. Percaya atau tidak dia memiliki 39 wanita sebagai isterinya.

Dari hasil perkahwinannya itu, dia dikurniakan 94 anak dan 33 cucu. Jumlah keluarga itu masih bertambah dengan kehadiran 14 anak perempuan tiri yang telah dimiliki oleh beberapa isterinya.

Ziona dan keluarganya menetap di sebuah rumah yang dibina di sebuah bukit di perkampungan Baktwang, Nizoram, India.Bangunan rumah keluarga Ziona mirip seolah-olah rumah flat. Rumahnya setinggi 4 tingkat dan mempunyai 100 bilik.


Lebih lanjut....

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh