Wednesday, November 14, 2012

Seluar dalam cegah bau kentut laris.





Tokyo: Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.

Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini. 
“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu. 

Ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami Yoshida, Jurucakap syarikat

Dapat sambutan

“Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” katanya.

Seluar dalam itu dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.

Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus. 
Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak. - Agensi


Thursday, May 24, 2012

Join Campaign to Earn Cash Reward

We want to make you a millionaire. Act Now!

Tuesday, May 15, 2012

SMS sambil jalan diharam


FORT LEE (New Jersey): Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati.
Polis di bandar ini berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.

“Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar,” kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.
Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.

Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.

Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu.
“Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa,” kata penduduk, Sue Choe.

Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.
Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap ‘pejalan kaki berbahaya.’ Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.

Dua profesor di Universiti Stony Brook di New York menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon. Mereka mendapati, pengguna khidmat itu berkemungkinan 60 peratus terbabas berbanding pejalan kaki lain.

“Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip mesej pesanan ringkas pada telefon,” kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian itu.

“Menaip mesej pada telefon sambil berjalan lebih banyak menjejaskan keupayaan anda berbanding berbual.” - Agensi

Saturday, February 25, 2012

Saya ada Empat biji Buah Pinggang.


Ada orang hanya memiliki satu ginjal, tiga ginjal atau berjuang keras agar tetap hidup kerana ginjalnya rosak, nah Laura Moon lain lagi. gadis berusia 18 tahun ini memiliki kelebihan ginjal, dia dikurniakan empat ginjal.


Kenyataan ini baru diketahui Laura saat dia membuat ppemeriksaan  ke doktor kerana kerap kali  menderita sakit perut. Setelah melakukan serangkaian pemeriksasan ternyata si Laura punya empat ginjal.


Ini memang bukan kejadian aneh, kerana sejumlah orang pernah juga diberitakan memiliki banyak ginjal, meski tentu saja kes seperti ini jarang terjadi. Moon berharap boleh mendermakan ginjal lebihnya tersebut. "Saya fikir, jika benar saya memiliki 4 buah ginjal, saya tak memerlukan keempat-empatnya."kata Moon sebagaimana dikutip newdaily.com.


"Saya akan mendermakan kepada siapa saja yang memerlukannya. Saya berharap boleh menolong seseorang selagi saya masih muda. Saya akan melakukan apa saja sekuat tenaga untuk menjadi seorang pendonor." tambah Moon. Belum diketahui mengapa organ manusia bisa berkembang menjadi ganda, namun dipercaya satu di antara 125 orang ada yang memilki ginjal lebih.


Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh