Friday, February 24, 2012

Apa yang anda tahu tentang MegaUpload.

  • Lelaki yang lahir di Kiel, Jerman ini dibesarkan dengan nama Kim Schmitz. Lebih 10 tahun lalu dia menukar namanya kepada Kim Dotcom. Sebelum ini, dia juga pernah dikenali sebagai Kimble dan Kim Tim Jim Vestor.

    Aksara 'dot com' yang sinonim dengan terma internet seakan-akan menggambarkan siapakah Dotcom, 38, yang mempunyai status penduduk tetap di Hong Kong dan New Zealand itu.

    Dia boleh digelar sebagai seorang genius internet kerana kejayaan memperkenalkan jaringan perkongsian fail di internet yang popular, Megaupload.com.

    Dotcom juga berbangga kerana memegang kedudukan teratas permainan video dalam talian, Call of Duty: Modern Warfare 3. Dia menggunakan nama MEGARACER dalam permainan video yang disertai 15 juta orang di seluruh dunia itu.

    Tetapi nampaknya lelaki gempal seberat 127 kilogram itu menggunakan kepakaran tersebut pada jalan yang salah.
    Dotcom yang hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah tinggi itu pernah dipenjarakan selama dua tahun di Jerman pada tahun 1998 kerana kesalahan menggodam internet.


Kesimpulannya : 

1 comments:

gnesop said...

Kalau dia buat cara yg betul, x der kena tanggap :)

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh