Tuesday, April 26, 2011

Berita Baik kepada Yang Banyak Saman Trafik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat.
Beliau berkata hanya kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.
"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.
"Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah.

0 comments:

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh