Thursday, December 30, 2010

Apam Daun Rambai

Salam semua... lamanya tak update blog nie.. Sangat sibuk betul. Apatah lagi cuti sekolah nie.

Cerita pasal kuih nie mungkin semua dah tau. Pagi tadi balik kampung kat pekan Johol jumpa lak kuih nie.. sebenarnya my mother memang expert buat kuih nie. Cuma tak kena hari balik kampung. Tapi kalau bagi tau balik dan suruh buat gerenti my mother buat punya....

Kuih kalau nak rasa boleh datang kat pekan Johol.. kat warung berhampiran dengan Klinik kesihatan simpang masuk kg Melekai, pasti ada punya.

OK selamat mencuba rasa......

Friday, December 3, 2010

MAHA 2010 di Serdang

Ambil cuti pergi ker Serdang tengok MAHA 2010. Sememangnya menarik dan puashati jika anda dapat luangkan masa.

Tetapi untuk sampai ke situ ambil masa hampir 2 jam dari pintu utama ke tempat parking kereta. Nasib baik bawa kereta auto. Air cond pun tak meragam......
Untuk sesiapa yang pandai ambil peluang untuk bisness, banyak syarikat yang tawarkan kepada anda. Yang penting kita pandai dan rajin bertanya.
Kepada yang membawa keluarga sememangnya bagus untuk mengisi masa di cuti sekolah anak-anak. Adalah rugi jika anda terlepas peluang ini..... Ingat ianya akan berakhir sehingga 5 Dis ini sahaja.

Thursday, November 25, 2010

Memecut laju dilorong F1 PLUS

Canggih bas 2 tingkat nie...

On thePublish Post way nak ke JB Aku dok memotong sebuah lori dengan kelajuan 11okm/j, tetiba bas nie dangan megahnya memotong kereta aku dgn kelajuan lebih 13okm/j agaknya. Lorong ke-3 tu....
Aku memang dah standbye camera sebab bila tengok dari side mirror, bas nie laju lain macam jer.
Memang power bas nie... naik seram bila kereta ku bergoyang....
Tapi syukur kerana bas nie selamat sampai ke destinasi, sebab tak dgr pun apa=apa berita buruk kat TV esoknya..

Monday, November 1, 2010

Hack Car GPS Lokatoo A1000

Time cuti nie boring betul, tak tau nak buat apa... apa lagi cuba belajar hack GPS model Lokatoo. Emmm lama gak cuba buat. Hampir 1 hari buang masa. Godek sana-sini akhirnya berjaya gak jadi hacker amator.....

Kalau ada yang nak cuba boleh "search" cara camne nak ubahnya..
Itupun kalau ada GPS..... ye....

Wednesday, October 27, 2010

Menara 100 tingkat kebanggaan siapa sebenarnya...

Laman 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower sehingga ke saat ini sudah mengumpulkan lebih 180,000 peminat yang sekeras-kerasnya membantah cadangan mendirikan Menara Warisan yang dijangka menelas kos hampir RM10 bilion.Laman ini cuba mencapai target 190k sehingga jam 12am. Tidak mustahil ini akan menjadi kenyataan. Target 100k anti menara ini telah pun dicapai.....


Apa yang perlu Kerajaan perlu lakukan... batalkan atau teruskan biarpun ini adalah suara rakyat moden... kita belum lagi mendapat pandangan dari golongan ketegori "senior" . Adakah jawapannya sebaliknya......Adakah golongan "senior" ini berbangga dengan "kegagahan" menara ini....
Kita cuma boleh tunggu sehingga PRU13 akan datang.
Jika anda ingin menjadi sebahagian dari mereka sila kunjungi di FB.




Bercuti ke Langkawi 3 hari 2 malam..

Rasa penat masih tak hilang kerana baru balik bercuti ke Langkawi.... cuti memang seronok tp bila nak balik rasa malas nak kerja....adatlah tu...esok kena start kerja semula....

Seronoknya pergi Langkawi tak ramai orang... rasa bebas..
jalan tak sesak.. hati tak sakit..
Kawan booking tiket secara online sejak Nov 2009, sekarang baru dapat pergi.... Kawan dapat tiket percuma cuma bayar tax jer RM75 untuk 5 orang pergi dan balik....
Sewa hotel, kereta dan harga barang tersangatlah berpatutan.....
Untuk mereka yang plan nak cuti, carilah waktu begini. Tujuan kita bercuti untuk lapangkan kepala otak nie.. bukan nak sesakkan lagi... So bercuti waktu orang lain bekerja....
swimming pool mcm wa and family yang punya... Pastikan anda bawa beg yang tidak saiznya melebihi 3x2 kaki.. nanti kena masuk luggage charge RM30 utk 15kg.... mahal tu.......
Selamat bercuti......................

Monday, October 25, 2010

Siapa nak beli Kencing Unta.

Seorang pekerja penternakan unta menunjukkan air kencing unta yang akan dijualnya. Kencing unta sekitar 250ml dijual dengan harga 100 riyal atau sekitar RM82.

Selain susu dan dagingnya, kini kencing unta banyak dicari orang. Katanya kencing unta boleh dijadikan ubat pelbagai jenis penyakit. Kencing yang ada khasiat ialah kencing dari unta Badwi yang dipanggil Najeeb.




Friday, October 15, 2010

Pembayaran ke-2 dari GA

Hari ini pergi ke RHx buat pengeluaran melalui WU.

Dapatlah untuk buat bayaran bil internet untuk 3 bulan.. hee heee....

Ini adalah hasil dari 20 blogs termasuk website
untuk 2nd payment ambil masa 6bulan.....
Yang pertama hampir 11/2 tahun kut....baru dapat payment.


Friday, October 8, 2010

Tips Nuffnang untuk Star Rating

Kekawan, kekadang kita dok join jer nnfg nie tapi tak tau camne nak dapatkan Star Rating yang tinggi.

Memang kita ni malas nak baca lebih lanjut. Tetapi jika nak duit lebih sila teruskan bacaan anda di links rakan blogger ini yang saya tak kenal pun lagi.... saya pun belum abis baca lagi......
Sorry bro.. kerana letak link anda disini... jika ada sebarang bantahan sila bagi tau....



Personal Money Tips

I know of a couple, with a combined take home pay of almost 8,000 a month. But this couple barely have any savings at the end of each month! And I wondered how can that be? Asking them further, I found that their expenses on some items are much higher and I thought that if they can cut back or made better decisions, they would not be in the mess they are in not.


Thursday, October 7, 2010

Kereta Lotus Evora keluaran terbaru Proton

Emmm.. Cantik juga kereta nie.... takpe laa.. dapat beli Proton Exora pun dah kira bersyukur.......
Bunyinya pun ada sedikit serupa......

Thursday, September 30, 2010

Kereta Baruku mula Meragam...

Tak sampai 2 minggu kereta nie mula meragam. Macam-macam problem timbul. Kereta tak ON lagi sudah ada bunyi berdesing dari dalam enjin. Lampu minyak hitam dan auto cruise menyala. Takkan baru 2 minggu minyak hitam dah kering kut. Bila check semalam suspect elektroniknya problem....Emmm... Konon2 tunggu 2nd badge keluar takde masalah tapi sama gak.. apa jadi dgn Proton kita nie....


Tapi aku tau setiap keretabaru tetap ada problem,,, yang penting sekarang, servis dia mesti top 10. kalau dalam tempoh 1 bulan nie masih tak settle gak aku nak suruh Proton tukar yang lain... Boleh dapat ke?

Tuesday, September 21, 2010

Kereta Baru Sempena Raya dan Birthdayku.

Kami sekeluarga ucapkan selamat Hari Raya buat semua yang megenali Kami....


Dapat rezeki lebih sikit tukar kereta besar. senang nanti nak angkut barang niaga.. sambil bawa keluarga jalan2 sekali...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan and Selamat Berpuasa to all our Muslims friends

Selamat menyambut ramadan al mubarak..& selamat menjalani ibadah puasa..Semoga amalan kita diberkati.

Wednesday, June 23, 2010

Nak cepat sangat..ambik hang.....


Apa perasaan jika terjadi kepada anda ketika tu......
heee..heee
Tapi brother nie selamba jer.....

Tuesday, May 25, 2010

Hasil kreativiti Wife aku..

Kucing nie orang dok sibuk buat hantaran, dia jadikan tempat beradu dia lak...banyak cantik....selamba dia jer... boleh tahan gak.. wife aku buat nie....
Mungkin bakat terpendam..yang dia dapat dari aruah kakak dia....

Yang aku tau masa belum kahwin..satu benda dia tak tau...sekarang... macam leh buka kedai nie... hee...hee....duit..duit..dalam kepala otak nie...
Yang terhasil 7 hantaran untuk khas buat sepupu dia..... tak tau la brape dia ambil upah.....
(gambar diambil dari N95)

Tuesday, May 18, 2010

Patutlaaa... kalah kat Sibu....

Patutlaa.. B-End tewas kat sana....jgn sangka org kat sana tak tau pasal internet...dah canggih....sekarang....hee...hee...
Apa-apa pun tahniah kepada yang menang.... kepada yang kalah leh cuba lagi lain tahun......

* sumber gambar dicilok dari : Justice For ALL
* sumber berita dicilok dari : bloghijat



P/S : Kepada yg sensitif.. Minta Maaf kerana ade selit sikit politik kat sini....

Wednesday, May 12, 2010

Huyooo.. ko pakai Iphone..

Hee.. hee.... tentu mahal phone ko nie.....itulah yg kerap aku dengar dalam tempoh 2 minggu nie..
Canggihya...... touch screen lak tu....bila aku kata beli cuma rm100 jer.. sampai ada yang offer nak beli rm300...coz die ingat aku tipu... wau.....sukanya aku....
Macam nak jual jer kat dia orang nie.....untung rm200... hee...hee..

Kereta kena langgar

Hari Jumaat yang lalu kereta kena langgar dibahagian pintu depan sebelah kiri oleh budak sekolah Menengah. Budak tu cuba nak tipu akan bayar selepas aku hantar ke bengkel untuk repair. Dia ingat aku bodoh sangat ke? Aku beri tempoh 24 jam untuk bayar kos.
Esoknya lepas hantar kereta aku call budak nie tanya pasal bayaran.. tapi tak angkat phone... dunia nie kecil jer... kebetulan adik budak sekolah nie anak aku kenal lak. Terus minta phone no. ayah dia..
Lepas call ayah budak tu, dia kata anaknya memang "terejal" sikit. So... ayah dia terus masukkan duit RM300 kos repair. Alhamdulillah.... settle.....

Saturday, April 24, 2010

Setup Bisness Burger

Hari Jumaat 23hb. April 2010 setup pulak gerai burger bersebelahan gerai Nasi lemak Berlauk. Hari pertama jer telah habis hampir 50 biji burger. Puhh.... memang tak disangka customer yang datang dari kalangan berbilang bangsa...
1st. day buka gerai hujan turun tapi payung burger bagi masalah coz terlalu kecil...tukang masak..burger complaint kena hujan... nampaknya kena beli..yang besar pulak... kena keluar modal lagi...
bersambung......

Friday, April 23, 2010

Imej Pelangi di waktu pagi - N95

Gambar pelangi di ambil menggunakan N95 pada 21 Apr 2010 selepas hujan di waktu pagi

Monday, April 19, 2010

Setup bisnes Nasi Lemak

Emm... lama sudah tak update blog nie....baru 3 hari lepas dok sibuk setup bisness nasi lemak berlauk untuk adik ipar di Kajang di Taman Bandar Sunway. semalam baru balik... baru tau bukan senang nak senang...kalau kita tiada pengalaman tentang bisness, rasa kekok bila berdepan dengan customer.
Nasib baik my wife ada pengalaman.....baru 1st. time buka dah ada customer datang.....ok gak...cuma ak manage nasi dan lauk supaya tak berlebih....coz kita kena tau hari-hari bila customer ramai dan kurang...
hari minggu, hari biasa, awal bulan, tengah bulan dan hujung bulan. Ianya penting untuk menentukan keuntungan yang akan kita dapat hari itu.
Buat masa nie lauk hanya 4 jenis.. kepada yang dekat bolehlah mencuba...dan beri komen sikit...harap komen membina yee..

Sunday, January 24, 2010

Siapa kat sini nak wang cepat?

Apabila sebut aje tentang wang, semua mengalabah nak tahu macam mana nak dapatkannya....Bila sebut modal kecil tapi untung banyak.......tanpa usul periksa, dan dengan mudah kita semua meleburkan wang kita .....
Apakah kita akan serik bila terkena sekali dua? Kebanyakan kita sudah banyak kali terkena tapi masih ingin mecuba nasib...mana tau...satu hari nanti.......itu ayat yang biasa kita dengar,,,,

Download dan bacalah ebook ini , sedikit sebanyak dapat membantu kita di dalam mecari Wang......
Ebook ini bukan aya yang tulis... tapi sekadar share ilmu........

DOWNLOAD EBOOK

Tabung Cari Wang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Top 10 Visitors

Nak Duit Online ?

Labels

 

IcyBlue | Copyright © 2009 - Blogger Template Designed By Simrandeep Singh